Tips
ATASI KULIT BERKILAT
Hai dan Assalamualaikum semua..
Ramai yang mempunyai masalah KULIT BERKILAT atau BERMINYAK.
Anda tahu tak apa punca kulit kita ni berminyak?
- Keturunan dari keluarga
- Makanan yang berminyak
- Memakai kosmetik yang salah / tak sesuai dengan tekstur kulit
- Pola hidup yang tidak sihat
- Ketidakseimbangan hormon
- Sering stress
- Peningkatan suhu
Jika kulit berminyak, kita akan rasa sangat tak selesa. Kelenjar sebum yang terlebih aktif akan mengeluarkan sebum berlebihan. Ini akan menyebabkan timbul masalah lain pula seperti jerawat, blackhead, whitehead, pori - pori terbuka atau tersumbat.
Jadi, untuk mengelakkan daripada masalah di atas, maka kita perlu pandai untuk mengawal pengeluaran minyak berlebihandengan mengikuti beberapa tips penjagaan kulit yangs sesuai.
Sebelum kita mulakan dengan tips - tips penjagaan kulit berminyak, anda perlu tahu fakta benar tentang kulit berminyak. Waita yang mempunyai kulit berminyak akan lambat mengalami proses penuaan kerana kehadiran minyak akan menlembapkan lapisan epidermis, iaitu lapisan paling luar pada kulit.
1. Minum air yang secukupnya
Minum air sekurang - kurangnya 2 liter sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit. Bakteria akan mudah melekat pada kulit kering, sekaligus mengeluarkan minyak.
2. Amalkan moisterizer setiap hari
Moisterizer adalah perkara wajib yang tidak boleh ditinggalkan oleh wanita yang mengalami kulit berminyak. Anda seharusnya memilih moisterizer yang oil free, water based atau alcohol free.
3. Banyakkan makan buah - buahan dan sayur - sayuran
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat mengawal pengeluaran minyak berlebihan. Anda dinasihatkan mengurangkan pengambilan makanan bergula, berminyak, makanan ringan dan bergoreng.
4. Skrub sesuai untuk kulit berminyak
Adalah sangat penting untuk anda memastikan bahawa kulit yang berminyak mengelupas sebanyak sekali atau dua kali seminggu. Ini kerana sebum yang berlebihan boleh mengakibatkan jerawat, liang pori terbuka, bintik hitam dan kulit menjadi kusam serta menyebabkan sel-sel kulit di permukaan kulit menjadi mati.
Sel-sel kulit yang mati boleh ditanggalkan dengan menyental muka dengan skrub.Tetapi harus diingat, anda hendaklah menyental muka dengan lembut, bukannya dengan cara yang kasar.
5. Amalkan supplement
Pengambilan supplement secara konsisten juga memapu membantu merawat kulit dari dalam. Antara supplement yang dicadangkan adalah seperti Vitamin C, ESP, B Complex dan GLA Complex.
Vitamin C - Merangsang pembentukan kolagen, di mana kolagen sangat membantu dalam penyembuhan parut jerawat dan jeragat. Vitamin C juga terkenal sebagai vitamin "anti-penuaan".
B Complex - Membantu mengawal minyak pada kulit, dan merupakan vitamin anti-stress.
GLA Complex - Membantu dalam menstabilkan hormon.
ESP - Protein sangat penting dalam pembentukan sel kulit baru. Pengambilan prorein yang mencukupi mampu membantu merawat masalah kulit muka yang berlubang akibat parut jerawat.
Sekian sahaja perkongsian Hanna untuk harini.
Untuk order Vitamin C, boleh direct wasap Hanna :::::: +601114319970
0 comments:
Thank you for dropping ur lovely notes