Info

KOPI MEMBUNUH

September 10, 2016 Hanna Yusof 0 Comments






Kopi ni adalah sejenis minuman yang berasal dari proses pengolahan dan dan ekstrak biji tanaman kopi yang dipanggang benihnya. Kopi boleh diminum secara panas atau sejuk.

Tahukah anda sebenarnya kopi adalah sejenis minuman yang mengandungi kafein?  Kafein boleh menimbulkan ancaman yang serius sekiramya diminum dengan bahan perangsang.

Ramai orang yang salah sangka bahawa hanya kopi sahaja yang mempunyai kafein. Jom kita lihat apakah makanan atau minuman lain yang mengandungi kafein selain kopi.

Minuman bersoda
Ramai yang tidak menyedari bahawa minuman bersoda juga mengandungi kafein. Anggaran kafein yang terkandung dalam minuman ini adalah sekitar 69 mg.


Coklat 
Kandungan asas coklat iaitu koko, telah dibuktikan mempunyai kafein. Semakin pahit sesuatu coklat itu, sebenarnya semakin tinggi kadar kafein di dalamnya.

Ais Krim
Fakta ni paling mengejutkan, kan? Hanna sendiri tak tahu yang ais krim ni ada kafein. Biasanya, ais krim akan mempunyai pelbagai perisa. Dan di dalam perisa tersebutlah yang menyebabkan ais krim mengandungi kafein, seperti perisa coklat. Kandungan kafein di dalam ais krim dianggarkan sebanyak 45 mg.

Teh
Tidak semua teh mengandungi kafein. Hanya teh hijau dan teh hitam sahaja yang mengandungi kafein paling tinggi. Menurut penelitian dari US, teh hitam mengandungi sebanyak 47 mg dan teh hijau sebanyak 25 mg.


Bagi penggila minuman berkafein, terutamanya kopi, anda dinasihatkan menjarakkan minuman tersebut sekitar 2 - 3 jam, sekiranya anda sedang mengambil ubat atau supplement

Menurut pakar kesihatan, kafein sangat berbahaya sekiranya diambil bersama ubat yang mengandungi stimulasi/perangsang. Interaksi ubat dengan makanan tertentu yang anda makan boleh menganggu fungsi penyerapan ubat tersebut. Kafein boleh menyebabkan ubat atau supplement yang anda makan akan kurang dan sedikit diserap dalam tubuh badan. Jadi sangat rugi rasanya sekiranya anda makan supplement atau ubat sekiranya anda adalah penggemar tegar minuman berkafein.

Jika ingin mendapat kesan dan hasil yang maksimum, banyakkan minum air kosong/ air masak supaya supplement yang kita makan tu akan menyerap sepenuhnya.

Sekian celoteh untuk pagi Sabtu.

Sehingga berjumpa lagi akan datang.

Untuk sebarang order atau pertanyaan mengenai supplement kesihatan, boleh wasap Hanna ye;

Hanna
011-14319970







You Might Also Like

0 comments:

Thank you for dropping ur lovely notes