Showing posts with label Travel. Show all posts

KANCHANABURI, THAILAND

Untuk pertama kalinya, kami memang tak pernah dengar pun nama tempat ni. Tapi kredit to Zulin Aziz sebab die share tentang bestnya tempat ni. So Hanna decide untuk singgah dekat sini sebelum ke Hua Hin! 
Kebetulan pulak, flight kami kene postponed oleh Air Asia, so sempatlah singgah ke Kanchanaburi.
Apa yang menarik sangat kat sini??

Okey, Hanna share dulu perjalanan dari Hua Hin ke Kanchanaburi ni. Turun di Airport Hua Hin, kami terus amik teksi untuk ke Terminal Mini Van. Tambang teksi adalah 200 baht.

Masa kat Terminal Mini Van tu, hanya ada satu sahaja kaunter untuk ke Kanchanaburi. Dan kami dah maklum, perjalanan ke sana mengambil masa dalam 4 jam jugak lah. So nasihat Hanna better korang beli makanan siap-siap atau makan dulu sebelum bertolak. Dekat area kawasan terminal tu, ada sebuah restoran halal.

Tiket mini van ke Kanchanaburi tu adalah 600 baht termasuk luggage. 



Makan dulu kenyang-kenyang..Hehehehe

Mini van yang kami naik ni memang sangat selesa. Ada aircond dan besar. Tapi memang kena redha lah ye sebab mini van ni memang akan berhenti banyak tempat untuk ambil orang. Kira macam bas awam gicheww...😅



Sampai je di Kanchanaburi, kami ambil tuk tuk (teksi) untuk ke Hotel kami. Dan tambang dari terminal ke hotel 150 baht. Tapi kalau dengan aku, memang Hanna tawar sampai boleh. Akhirnya dapatlah 130 baht. Heheh.. 
Okey bare in mind ye, dekat sini TAKDE GRAB!!!
So memang 100% mengharapkan tuk tuk jerrr...


So ni lah hotel kami selama 2 malam.

Okey, dekat Kanchanaburi ni memang agak susah untuk cari makanan halal. Kene google lah, ada jerr tapi agak jauh lah sikit. Kalau korang stay area hotel ni, seberang jalan tu memang ada restoran halal. Tapi dekat sini kedai makanan halalnya tutup pukul 6pm sebab dekat sana dah Maghrib.

Haaa ni lah kedai makan halal tu. Tapi diorang ni tak faham melayu, so guna buku menu je untuk order..

And diingatkan, makanan halal dekat Bangkok ni memang agak mahal. Sekali makan memang tak lari 200 baht. Tapi alhamdulillah lah kan dapat pekena nasi. Kita orang Melayu ni, kot mana pun pi memang sehari tak pekena nasi memang boleh gigil badan.. hahaha ..

Orait, stay tuned ya.. 
Next post Hanna akan cerita tentang tempat yang ditunggu-tunggu di Kanchanaburi tu..


SIMILAR POSTS

PERCUTIAN BACKPACK SEMINGGU KE BANGKOK

Hye Assalamualaikum semua..😘

Lama tak bersiaran di blog ni kan?
Lately ni agak sibuk sikit dengan urusan keluarga..
heheheh..tengah settle kan urusan rumah baru.
Nanti Hanna update pasal rumah ye..

Sekarang ni excited nak share dengan korang tentang holiday (honeymoon yang entah berapa kali dah) ke BANGKOK selama seminggu. 
And we just backpack sahaje tau. So sesuai sangat lah kalau korang yang ada planning nak ke Bangkok secara backpack sahaja!





Walaupun backpack, tapi luggage pink ku tetap dihangkut bersama..




SIMILAR POSTS

Medan, Indonesia PART 2




Hari kedua kami dekat Medan, kami pergi ke Pulau Samosir.

Naik feri ke seberang sana, tambang per person dalam 20,000 rupiah..

Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit jugak lah..
So, kalau rasa boring, sila lah bawa makanan sendiri ye..

Pemandangan tasik sepanjang perjalanan tu memang cantik sangat..

Hari kedua ni, kami check-in di Hotel Oppriss, Parapat.
Memang dekat dengan pelabuhan tempat feri mendarat.




Gambar ehsan dari Google


Opriss Hotel ni semalam dalam 400,000 rupiah je..
Around RM100++, include brekfast nasi goreng..
Jangan terkejut eh, takde aircond dalam bilik, sebab suasana agak sejuk kat sana..


Dalam hal makanan, memang agak susah sikit lah ye.
Sebab, kebanyakan penduduk adalah beragama Kristian..

Perumahan kaum Batak, kaum orang asli di Pulau Samosir.




Actually, Pulau Samosir ni tak besar mana pun.
Kalau nak bawak kereta masa naik feri tu, kene bayar dalam 100,000 rupiah, sama jugak kalau drive merentas jambatan.

Jadi, untuk jimat, kami sewa je moto dengan penduduk di sana.
Kami sewa dalam 2 jam dalam 660,000 rupiah.
Sila lah tawar sehabis mungkin.

So, kami pun pusing-pusing Pulau Samosir tu naik moto je..



Seharian jugak kami dekat sana..
Ikut kata penduduk dan supir kami, feri terakhir adalah jam 6 petang.

So, sebab nak manfaatkan masa sepenuhnya, kami balik lah jam 6 petang.
Lepas berjalan-jalan beli sourvinier..

Okey, jumpa di entry yang berikutnya 😘





SIMILAR POSTS

Medan, Indonesia PART 1







Assalamualaikum semua :)

Entry kali ni, actually first time Hanna nak share dengan u ollzz semua tentang short vacay budget Hanna and Husband ke MEDAN, INDONESIA..

Kami pergi sana selama 4 hari 3 malam, bermula dari 30 Januari 2018 hingga 2 Febuari 2018.

Kebetulan, tiket Air Asia ke Medan je yang paling affordable..
Almaklumlah, last minute plan :)-

Tiket untuk 2 orang, termasuk luggage 20kg, return dalam RM500 ++.

Kami bertolak malam Selasa, sampai dalam jam 9.00 malam.
Waktu di Indonesia cuma berbeza 1 jam awal dari Malaysia.

U ollzz akan mendarat di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan.

Gambar ehsan dari Google



Memandangkan dah malam, so kami decide untuk bermalam di hotel area airport je.
So, saya pilih untuk stay di Hotel KNO..

Gambar ehsan dari Google


Hotel ni 1 malam dalam RM100++, which is dalam 400,000 ++ rupiah..
Together with breakfast..
Decaoration dalam hotel ni macam ala-ala cafe..
Okay lah pada kami..
Not bad, sebab nak tido pun semalam je kan..

Alang-alang dah sampai awal, so kami pun gi lah jenjalan cari makan.
Dah sampai Indonesia, kena makan bakso lah..
Apelagi kan..


Haaa...
Kalau nak jimat, taknak roaming, jangan lupa beli internet kat sana ye..
Internet kat sana memang power tau..


Okey..
Jumpa next entry ye :)


TQ kerana sudi membaca..



SIMILAR POSTS

Memori Holiday 2014

CampakBelakang...


Mood cuti slalu ON ble cuti skolah..
Dah lme tanam impian nk pegi holiday all over d world..
tapi, memandang kewangan biase2 jerr, so planning jangke mase pnjg mnjadi keutamaan..
kita bermula dgn dkt2 dlu..
Tapi yg penting, tmpt SHOPPING mst adoo..
Hahahaha..mmg dh nme pmpn kan??
Shopping tu PENTING tau!!!!
So, baling belakang holiday 2014..
Sebelum kte holiday utk penutup tirai 2014~


Ho Chi Minh wif de'cousins

Mekong River wif auntie



Melaka wif besties



SIMILAR POSTS