Showing posts with label Tips. Show all posts

ATASI JERAWAT DENGAN MUDAH


ATASI JERAWAT DENGAN MUDAH

Jerawat merupakan masalah kulit yang mempunyai bintik - bintik di beberapa bahagian tubuh seperti wajah, leher, punggung, hidung, dahi.

Mesti anda kan rasa sangat runsing dan hilang keyakinan diri sekiranya jerawat ini tumbuh di bahagian kulit wajah.

Bagaimana jerawat ni boleh terjadi ??

Produksi Minyak Berlebihan

Jerawat terjadi akibat gangguan dari kelebihan produksi kelenjar minyak sehingga menyebabkan folikel pori - pori dan rambut di kulit tersumbat.

Faktor Kebersihan Wajah

Tersumbatnya pori - pori di wajah disebabkan oleh banyak perkara seperti memakai make-up terlalu lama. Ini akan menyebabkan kulit mudah ditumbuhi bakteria dan pori - pori akan makin tersumbat.

Keturunan

Antara sebab berlakunya jerawat adalah kerana keturunan atau genetik. Kebiasaannya, kalau ibu bapa mempunyai jerawat, maka kemungkinan besar anak pun akan mempunyai jerawat.

Stress



Stress juga merupakan salah satu faktor penyebab jerawat timbul. Hal ini disebabkan ketika seseorang mengalami stress yang berat, metabolisme badan akan terganggu dan akhirnya menyebabkan tibulnya jerawat.
Jadi, elakkan merasa stress atau tertekan untuk mengelakkan tumbuhnya jerawat.

Hormon


Faktor hormon jugak merupakan faktor yang penting tumbuhnya jerawat di wajah, terutama pada kaum wanita. Ini terjadi apabila hormon progesteron menghasilkan kadar minyak berlebihan sehingga menyebabkan jerawat.

Cara Merawat Jerawat

Madu




Madu sudah sangat terkenal dengan seribu manfaat yang dapat membuatkan kulit terasa lebih halus dan sihat. Madu mempunyai kandungan antibiotik yang tinggi yang boleh mencegah infeksi bakteria pada wajah yang menyebabkan jerawat.

Tomato



Tomato antara bahan yang sangat terkenal untuk merawat jerawat kerana mengandungi kandungan Vitamin A dan C yang tinggi. Tomato juga boleh menjadikan kulit menjadi lebih halus dan menegangkan kulit.


Lemon



Lemon dipercayai dapat membantu merawat radang pada kulit yang menyebabkan jerawat dan membersihkan pori-pori daripada tersumbat kerana lemon mengandungi asam alpha dan asid askorbik-L. Selain daripada itu, lemon juga boleh menghilangkan bintik hitam pada wajah.

Ais



Ada yang percaya bahawa ais jugak dapat membantu merawat masalah jerawat. Ini kerana ais dapat mengecilkan pori-pori di wajah, selain dapat meningkatkan sirkulasi darah pada sekitar jerawat. Sangat sesuai bagi anda yang mempunyai kulit berminyak, anda boleh menggunakan alternatif ini.

Supplement

Pengambilan supplement yang sesuai sangat penting kerana masalah jerawat ni datang dari dalaman.
Kadang-kadang masalah jerawat ini selalu dikaitkan dengan dalaman nadan yang mempunyai toksin yang tinggi.
Jadi, sangat penting untuk kita detoks segala toksin dalam badan sebelum repair masalah parut jerawat pulak.

Antara supplement Shaklee yang Hanna boleg suggestkan pada anda seperti:
  • ESP - membantu dalam memperbaiki kulit yang baru.
  • Vitamin C - membantu pertumbuhan kolagen yang sangat penting dalam merawat kulit bermasalah.
  • Alfalfa Complex - sebagai agen detoks yang menyingkirkan segala toksin dalam badan.
  • Garlic Complex - membantu merawat masalah alergik pada kulit.





Untuk anda yang ingin mencuba Set Kecantikan Shaklee, boleh whatsapp Hanna ye..
Elakkan membeli sembarangan produk dan supplement kerana khuatir tidak sesuai dengan kulit anda.
Dapatkan konsultasi percuma dari agen sah Shaklee pilihan anda.

Whatsapp > 011-14319970












SIMILAR POSTS

ATASI KULIT BERKILAT

Hai dan Assalamualaikum semua..


Ramai yang mempunyai masalah KULIT BERKILAT atau BERMINYAK.
Anda tahu tak apa punca kulit kita ni berminyak?


  • Keturunan dari keluarga
  • Makanan yang berminyak
  • Memakai kosmetik yang salah / tak sesuai dengan tekstur kulit
  • Pola hidup yang tidak sihat
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Sering stress
  • Peningkatan suhu
Jika kulit berminyak, kita akan rasa sangat tak selesa. Kelenjar sebum yang terlebih aktif akan mengeluarkan sebum berlebihan. Ini akan menyebabkan timbul masalah lain pula seperti jerawat, blackhead, whitehead, pori - pori terbuka atau tersumbat.

Jadi, untuk mengelakkan daripada masalah di atas, maka kita perlu pandai untuk mengawal pengeluaran minyak berlebihandengan mengikuti beberapa tips penjagaan kulit yangs sesuai.

Sebelum kita mulakan dengan tips - tips penjagaan kulit berminyak, anda perlu tahu fakta benar tentang kulit berminyak. Waita yang mempunyai kulit berminyak akan lambat mengalami proses penuaan kerana kehadiran minyak akan menlembapkan lapisan epidermis, iaitu lapisan paling luar pada kulit.

1.  Minum air yang secukupnya 

Minum air sekurang - kurangnya 2 liter sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit. Bakteria akan mudah melekat pada kulit kering, sekaligus mengeluarkan minyak.

2.  Amalkan moisterizer setiap hari

Moisterizer adalah perkara wajib yang tidak boleh ditinggalkan oleh wanita yang mengalami kulit berminyak. Anda seharusnya memilih moisterizer yang oil freewater based atau alcohol free.




3.  Banyakkan makan buah - buahan dan sayur - sayuran 

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat mengawal pengeluaran minyak berlebihan. Anda dinasihatkan mengurangkan pengambilan makanan bergula, berminyak, makanan ringan dan bergoreng.

4.  Skrub sesuai untuk kulit berminyak

Adalah sangat penting untuk anda memastikan bahawa kulit yang berminyak mengelupas sebanyak sekali atau dua kali seminggu. Ini kerana sebum yang berlebihan boleh mengakibatkan jerawat, liang pori terbuka, bintik hitam dan kulit menjadi kusam serta menyebabkan sel-sel kulit di permukaan kulit menjadi mati.


Sel-sel kulit yang mati boleh ditanggalkan dengan menyental muka dengan skrub.Tetapi harus diingat, anda hendaklah menyental muka dengan lembut, bukannya dengan cara yang kasar.

5.  Amalkan supplement

Pengambilan supplement secara konsisten juga memapu membantu merawat kulit dari dalam. Antara supplement yang dicadangkan adalah seperti Vitamin C, ESP, B Complex dan GLA Complex.

Vitamin C - Merangsang pembentukan kolagen, di mana kolagen sangat membantu dalam penyembuhan parut jerawat dan jeragat. Vitamin C juga terkenal sebagai vitamin "anti-penuaan".

B Complex - Membantu mengawal minyak pada kulit, dan merupakan vitamin anti-stress.

GLA Complex - Membantu dalam menstabilkan hormon.

ESP - Protein sangat penting dalam pembentukan sel kulit baru. Pengambilan prorein yang mencukupi mampu membantu merawat masalah kulit muka yang berlubang akibat parut jerawat.



Sekian sahaja perkongsian Hanna untuk harini.



Untuk order Vitamin C, boleh direct wasap Hanna  :::::: +601114319970







SIMILAR POSTS