Shaklee

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN COQ-TROL PLUS

February 22, 2018 Hanna Yusof 0 Comments

Assalamualaikum dan Hye semua..


Apakah Coq-Trol Plus?? Produk yang baru dilancarkan dalam Januari 2018 ternyata memiliki kebaikan dan manfaat tersendiri untuk jantung, otak dan hati.

Coenzyme CoQ10 adalah komponen yang penting dalam penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Coenzyme CoQ10 tinggi dalam sel otak, jantung dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

Walaubagaimanapun, tahap CoQ10 dalam badan kita semakin menurn apabila meningkat usia, dan penggunaan statin untuk menurunkan kolestrol menyebabkan tahap Coenzyme CoQ10 semakin rendah dalam tubuh.



MANFAAT CoQ-TROL PLUS UNTUK KESIHATAN



Tenaga yang berkekalan

Kandungan CoQ10 yang lebih tinggi menghasilkan lebih banyak tenaga di dalam sel anda serta membekalkan tenaga dengan lebih cekap. 
Peningkatan CoQ10 dapat membantu:

- Mempercepatkan pemulihan luka
- Meningkatkan kekuatan otot.


Peredaran Darah yang Sihat

CoQ10 lebih tertumpu pada organ-organ yang menggunakan banyak tenaga seperti jantung. Peredaran darah yang sihat menunjukkan jantung anda kuat dan sihat. Untuk mengekalkannya berdegup dengan sihat, anda memerlukan CoQ10 tambahan yang membantu :

- Menguatkan otot-otot jantung
- Menyokong fungsi jantung yang sihat
- Meningkatkan paras tenaga untuk mereka yang mengambil statin


Sistem Reproduksi yang Sihat

Selain bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melawan tindak balas oksidatif, CoQ10 juga menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum. 
Pengambilan CoQ10 membantu :

- Meningkatkan jumlah sperma yang sihat
- Meningkatkan pergerakan sperma
- Meningkatkan kualiti ovum


Kulit yang Berseri

CoQ10 juga terdapat di luar permukaan kulit yang melindungi kulit anda daripoada sinaran UV yang berbahaya. Ia juga membekalkan tenaga untuk memperbaiki sel-sel yang rosak. Jadi kulit akan kekal berseri dan kelihatan lebih muda. 
Pengambilan CoQ10 membantu :

- Meningkatkan tekstur kulit
- Menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan


Meningkatkan Fungsi Kognitif

Bertindak sebagai antioksida yang melindungi saraf, CoQ10 membantu mengurangkan pembentukan plak amiloid,9 salah satu punca penyakit Alzhemeir. 
CoQ10 dapat membantu :

- Menjana fungsi otak yang sihat
- Meningkatkan fokus dan fungsi-fungsi sel otak 

Jadi, jangan lupa dapatkan CoQ10 untuk membantu meningkatkan tenaga :)


You Might Also Like

0 comments:

Thank you for dropping ur lovely notes